fbpx

Yusri dedah punca Perak FC beroleh keputusan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain Perak meraikan jaringan ketika menewaskan Kelantan FC 8-0 pada aksi Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

PASUKAN Perak FC tidak boleh mendabik dada meskipun merekodkan kemenangan besar 8-0 ke atas Kelantan FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh kelmarin.

Pengendali The Bos Gaurus, Yusri Che Lah percaya konflik luar padang selain tiada keinginan untuk beraksi menjadi salah satu punca pasukan dapat melakar keputusan luar biasa itu kali ini.

“Secara peribadi mungkin disebabkan pasukan lawan yang memberikan ruang yang besar dan mungkin mereka juga tidak ada keinginan untuk beraksi membuatkan kita dapat melakar kemenangan kali ini.

“Namun, saya rasa ini bukanlah alasan untuk kita berpuas hati kerana kita tahu masalah yang melanda pasukan lawan. Pujian wajar diberikan kepada pemain kerana tidak mengambil mudah.

“Cuma, saya tidak terlalu gembira dengan apa yang mereka pamerkan pada awal perlawanan kerana dilihat terlalu ghairah sebelum dapat menjaringkan gol pertama,” katanya selepas tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, Yusri turut mengakui telah mengambil keputusan untuk merehatkan beberapa pemain utama kerana mahu memberi tumpuan bagi mengharungi perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) nanti.
“Saya perlukan semua pemain dalam keadaan bersedia dan sebabkan itu saya keluarkan tonggak utama seperti Wan Zack Haikal dan Afif Asyraf kerana mahu mereka cergas sebelum bertemu JDT nanti,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI