fbpx

Lori terbalik punca puluhan babi berkeliaran di jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PULUHAN ekor babi berkeliaran di sebatang jalan raya bertol di Nganjuk baru-baru ini. - Foto Istimewa

JAKARTA – Berpuluh-puluh ekor babi berkeliaran di sebuah jalan raya bertol selepas lori yang membawa haiwan itu terlibat dengan kemalangan baru-baru ini, lapor portal berita Prohaba.com.

Insiden itu dikongsi oleh seorang pengguna media sosial dan mendapat liputan portal berita banjarmasin.co.id pada Khamis lalu.

Dalam kejadian itu, terdapat sejumlah babi yang bergerak  ke tengah jalan raya di Jalan Tol Ngawi-Kertosono, Jawa Timur tetapi .anggota-anggota polis berjaya menangkap haiwan tersebut.

Ketua Polis Lalu Lintas Nganjuk, Iptu Heri Buntoro berkata,  lori itu terbalik kerana mengalami masalah pada sebuah tayarnya.

Beliau menjelaskan,  kejadian itu berlaku ketika lori tersebut bergerak di Jalan Tol Ngawi-Kertosono dari arah timur ke barat.

Setibanya di Kilometer 651.600 tayar belakang sebelah kanan lori itu pecah menyebabkan ia bergerak ke kanan sebelum terbalik. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI