fbpx

[VIDEO] Bukan bawa mercun, tapi lori muatan bateri terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan api kebakaran sebuah lori satu tan yang hangus terbakar di Lebuh Raya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), tengah hari tadi.

PETALING JAYA – Tular dalam media sosial video rakaman orang awam yang memaparkan sebuah lori meletup dan terbakar di tepi Lebuh Raya Utara Selatan Lingkaran Tengah (Elite), tengah hari tadi.

Ramai yang mendakwa kenderaan berat itu membawa muatan mercun kerana menghasilkan bunyi letupan yang kuat disusuli api marak.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar bagaimanapun mengesahkan lori tersebut membawa muatan bateri.

Menurutnya, anggota bomba menerima panggilan pada pukul 12.35 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sembilan kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong.

Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori satu tan yang mana nombor pendaftaran tidak dapat dikenal pasti membawa muatan bateri terbakar 100 peratus.

Walau bagaimanapun, operasi yang disertai tujuh anggota dan sebuah jentera itu tidak melibatkan sebarang mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI