fbpx

MB Johor puji JDT bersikap profesional

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Onn Hafiz

JOHOR BAHRU – Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi memuji pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang menunjukkan komitmen dan profesionalisme untuk tetap meneruskan perlawanan Sumbangsih walaupun berdepan risiko ancaman keselamatan.

Onn Hafiz berkata, ia menunjukkan bahawa  juara bertahan Liga Super itu yakin dengan jaminan yang diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa keselamatan pasukan, pemain dan penyokong merupakan keutamaan.

“Kerajaan negeri mengutuk sekeras-kerasnya dan sentiasa memandang serius terhadap beberapa insiden yang telah menimpa pemain seperti Akhyar Rashid, Faisal Halim dan Safiq Rahim.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan isu-isu yang menggugat keharmonian dan keselamatan di negeri Johor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Badan penganjur liga, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengesahkan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dengan Selangor FC yang dijadualkan esok di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, di sini, dibatalkan.

Dalam pada itu, Onn Hafiz turut berasa terkilan dengan keputusan skuad The Red Giants tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih menentang JDT walaupun polis Johor telah bersetuju untuk mengarahkan 1,500 anggota untuk memantau aspek keselamatan pada perlawanan itu.

Sebelum ini, media melaporkan pemain kebangsaan, Akhyar Rashid disamun dan dicederakan individu tidak dikenali disusuli dengan insiden mengejutkan terhadap seorang lagi pemain kebangsaan, Faisal Halim yang simbah asid oleh individu tidak dikenali. KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI