fbpx

Juruteknik maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KLANG – Perjalanan seorang juruteknik ke tempat kerja bertukar tragedi apabila maut digilis lori selepas gagal memotong jentera itu dalam kejadian di Jalan Persiaran Hamzah Alang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi, mangsa lelaki berusia 24 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z dari arah Jalan Kapar menuju ke Jalan Meru.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian didapati mangsa cuba memotong lori dari arah kiri.

“Bagaimanapun, motosikal ditunggangi mangsa telah melanggar sebuah basikal dibawa lelaki warga Nepal. Akibatnya, mangsa terjatuh sebelah kanan sebelum digilis lori dan maut di lokasi kejadian” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menambah, penunggang basikal pula hanya luka ringan di kaki kanan selepas jatuh di bahu kiri jalan.

“Polis sedang giat mengesan pemandu lori tersebut bagi membantu siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Surihan Samsudin ditalian 013-2082327.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI