fbpx

Reman wanita melintas jalan LPT1 disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kamera papan pemuka memperlihatkan seorang wanita melintas jalan di LPT1, baru-baru ini.

TEMERLOH – Tempoh tahanan reman terhadap wanita berusia 35 tahun yang ditahan, susulan kejadian kemalangan maut melibatkan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1) akan disambung, hari ini.

Terdahulu, wanita berkenaan ditahan reman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, tempoh tahanan reman disambung hari ini bagi melengkapkan siasatan.

“Hari ini baharu sambung (reman), belum ada keputusan (tempoh tahanan),” katanya di sini, hari ini.

Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah trak pikap yang memperlahankan kenderaan secara tiba-tiba di Kilometer 98.6 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT1), di sini.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu menyaksikan sebuah kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang berada di laluan kanan telah membrek secara tiba-tiba bagi mengelak seorang wanita yang melintas jalan sebelum motosikal jenis Suzuki GSX R1000 merempuh trak pikap berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI