fbpx
Orang ramai menunjukkan solidariti kepada rakyat palestin di Gaza.

Konflik Palestin-Israel: Pembangkang jangan suka hentam, sokonglah PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERANGAN rejim zionis Israel terhadap rakyat Palestin bermula 7 Oktober lalu masih belum semakin mengganas.

Maklumat terkini menunjukkan lebih 6,000 rakyat Palestin khususnya kanak-kanak, wanita dan warga emas menjadi korban sementara puluhan ribu mangsa cedera.

Keadaan bertambah buruk apabila hospital di seluruh semenanjung Gaza dilaporkan telah kehabisan simpanan bahan api dan bekalan barangan keperluan termasuk makanan, minuman serta perubatan juga disekat dari­pada dibawa masuk ke Palestin.

Lebih menyedihkan apabila Israel membuat serangan darat secara besar-besaran sejak semalam.

Di negara ini, meskipun seluruh rakyat tanpa mengira agama mahupun bangsa menyatakan solidariti buat rakyat Palestin, namun ada dalam kalangan masyarakat yang mempersoalkan di mana kesatuan pemimpin negara dalam isu ini.

Tinjauan di media sosial mendapati ada dalam kalangan rak­yat mempersoalkan apabila terdapat pemimpin yang masih ego dengan politik masing-masing dan isu berkenaan belum cukup kuat untuk menyatukan mereka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat mengambil langkah proaktif apabila bukan sahaja menyatakan bantahannya tetapi turut segera bertemu dengan beberapa pemimpin Islam bagi menggesa serangan terbabit dihentikan.

Bagaimanapun, pendirian dan tindakan Ahli Parlimen Tambun itu masih menerima reaksi negatif daripada pihak pembangkang terutama apabila beliau mendedahkan menerima ugutuan berikutan isu Palestin.

Malah, perhimpunan yang diadakan oleh pihak kerajaan di Bukit Jalil baru-baru ini juga tidak disertai parti pembangkang menguatkan lagi dakwan tiada kesepakatan tersebut.

Pensyarah Sains Politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr. Ahmad Fauzi Abdul Hamid berkata, lebih wajar sekiranya pihak pembangkang bersikap lebih rasional dan bersangka baik terhadap usaha kerajaan mempertahankan rakyat Palestin.

Katanya, rekod Perdana Menteri dalam mempertahankan rakyat Palestin selama ini jelas dan tidak boleh disangkal dengan penglibatan beliau bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sejak dahulu lagi.

“Kita tahu selama ini pihak pembangkang juga lantang mempertahankan hak rakyat Muslim di Timur Tengah, justeru itu ramai yang menyangkakan kedua-dua pihak ini boleh bersepakat.

“Apabila timbul beberapa pertikaian, agak sukar untuk majo­riti rakyat bersama-sama dengan mereka. Justeru itu, pembangkang sebaiknya lebih bersikap rasional dalam hal ini,” katanya.

Jelasnya, sekiranya terdapat keraguan pihak pembangkang sewajarnya memberi respon dengan lebih profesional.

“Kerajaan sudah mengambil pendirian yang tegas dalam menyokong rakyat Palestin dan menentang tindakan zalim yang dilakukan Israel ke atas penduduk Gaza.

“Bagaimanapun, jika ada pihak pembangkang yang ragu-ragu adalah lebih elok sekiranya mereka bersikap bersangka baik dan memberi respon secara profesional,” tambahnya.

Susulan itu menurut penulis, isu Palestin ini sepatutnya mampu menyatukan semua pihak tanpa mengira ideologi politik mahupun pegangan agama.

Sekiranya pemimpin di negara ini tidak mampu menunjukkan kesepakatan dalam membela nasib saudara kita di sana, nampaknya harapan untuk ‘membebaskan’ rakyat Palestin daripada kekejaman zionis masih jauh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN