fbpx

Lima penagih dadah ‘sangkut’ sekatan jalan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara individu yang ditahan disyaki positif dadah dalam operasi bersepadu di susur Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kg Pandan, Ampang, kelmarin.

AMPANG – Seramai lima individu disyaki positif dadah ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Khas (Tiga Penjuru) di susur Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kg. Pandan, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, operasi tersebut hasil kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ampang.

Katanya, objektif operasi yang bermula dari pukul 9 pagi hingga 11 pagi itu bertujuan mengambil tindakan ke atas pengguna kenderaan yang melanggar undang-undang jalan raya selain membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah.

“Hasil pemeriksaan terhadap 115 individu mendapati lima daripada mereka positif dadah jenis syabu (tiga) dan ganja (dua).

“Sebanyak 60 saman telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Tiada lesen merupakan kesalahan yang banyak dikeluarkan saman iaitu 26 saman, tidak memakai tali pinggang keledar (12), kesalahan nombor pendaftaran (sembilan), lesen tamat tempoh (enam).

“Selain itu, kesalahan tidak memakai topi keledar (empat) dan satu saman bagi setiap kesalahan cermin sisi, lampu merah dan kesalahan lesen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, sebanyak lapan buah motosikal dan dua buah kereta telah disita dan dibawa balik ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

“Pengguna jalan raya sentiasa diingatkan agar mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan diri sendiri, ahli keluarga serta pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI