fbpx

Konflik Palestin-Israel: Beberapa hari gagal dihubungi, Pengerusi Muslim Care Malaysia – Palestin disahkan selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar pesanan berkenaan oleh MCM Society di Instagram, sebentar tadi.

PETALING JAYA – Selepas beberapa hari gagal dihubungi, Pengerusi Muslim Care Malaysia (MCM) – Palestin, Ahmed Abu Ayesh mengesahkan dia dan pasukannya selamat di Gaza, hari ini.

Berita itu dikongsikan bersama tangkap layar pesanan berkenaan oleh MCM Society di Instagram, sebentar tadi.

“Selepas beberapa hari tak dapat khabar, Alhamdulillah pukul 7.34 malam tadi Abu Ayesh kirim berita yang mereka semua selamat.

“Mesej daripada Abu Ayesh selepas beberapa hari terputus hubungan,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Abu Ayesh dan pasukannya dilaporkan bergadai nyawa untuk memastikan bantuan daripada MCM Society dan Iman Care sampai kepada mangsa peperangan.

Ketika itu, MCM dalam proses mendapat kebenaran pihak keselamatan Mesir untuk mereka menghantar bantuan masuk ke Gaza dalam masa terdekat.

Sementara itu Kosmo! hari ini melaporkan, Bos Tesla, Elon Musk mengumumkan semalam bahawa sistem telekomunikasi berasaskan satelit miliknya, Starlink akan memperluaskan perkhidmatan kepada organisasi bantuan yang diiktiraf antarabangsa di Semenanjung Gaza.

Langkah itu diambil selepas Israel memutuskan rangkaian komunikasi yang menyebabkan wilayah Palestin terputus hubungan dengan dunia luar, lapor agensi berita Anadolu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI