fbpx

11 rumah di Arau rosak dibadai puting beliung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan sebuah rumah yang rosak teruk akibat dibadai puting beliung di Kampung Padang Besar, Guar Sanji di Arau pada petang ini.

ARAU – Sebanyak 11 buah rumah rosak dalam kejadian puting beliung yang melanda Kampung Padang Besar, Guar Sanji, di sini pada petang tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Sanji, Mohd. Ridzuan Hashim berkata, enam rumah mengalami kerosakan teruk dan sudah tidak selamat untuk didiami.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang tadi akibat pusaran angin kencang melibatkan 11 rumah dengan enam daripadanya rosak teruk serta melibatkan 35 orang mangsa.

“Tiada mangsa cedera dilaporkan dalam kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, penghuni rumah yang rosak teruk dinasihatkan untuk tinggal di rumah saudara berdekatan buat sementara waktu memandangkan keadaan rumah mereka dilihat tidak selamat didiami.

Menurutnya, beliau yang melawat lokasi kejadian bersama wakil Ahli Parlimen Arau turut menyerahkan bantuan awal kepada keluarga mangsa.

“Saya akan merujuk kes ini kepada pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis serta Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI