fbpx

El Clasico: Bellingham idam jadi wira Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM mencipta sensasi luar biasa sejak menyertai Real apabila muncul tonggak penting pasukan tersebut. - AFP

MADRID – Tonggak sensasi Real Madrid, Jude Bellingham mengimpikan potensi untuk muncul wira pasukan menjelang perlawanan El Clasico bertemu seteru tradisi, Barcelona pada saingan La Liga di Stadium Camp Nou malam ini.

Sebagai rekod, Bellingham telah mencipta sensasi tersendiri sejak berhijrah ke Real pada jendela perpindahan lepas apabila menjaringkan 11 gol daripada 12 perlawanan selain membuat tiga bantuan jaringan.

Pemain antarabangsa England berusia 20 tahun itu mengakui tidak sabar untuk mengharungi aksi El Clasico pertama peribadinya dan harap dapat mencontohi impak seperti yang pernah dilakukan oleh pemain legenda Real, Cristiano Ronaldo sebelum ini.

“Secara peribadi saya sangat gembira dengan berpuas hati dengan prestasi peribadi selepas berjaya menjaringkan 11 gol sepanjang musim ini. Apa yang terjadi agak mengejutkan tetapi saya percaya masih ada ruang untuk diperbaiki.

“Namun, saya percaya pujian wajar diberikan kepada rakan sepasukan yang banyak membantu saya untuk menyesuaikan diri selain barisan kejurulatihan kerana memberikan kebebasan untuk beraksi di atas padang.

“Apa yang pasti, buat masa ini fokus diberikan pada aksi Clasico dan ini adalah perlawanan epik menentang Barcelona yang kita tahu memiliki kualiti tersendiri. Ia adalah aksi pertama saya dan sudah tentu saya agak teruja.

“Saya menyaksikan banyak perlawanan Clasico ketika kecil dan sudah tentu kenangan terbaik adalah gaya bagaimana Ronaldo berjaya menjaringkan gol ketika bertemu musuh tradisi itu sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali Real, Carlo Ancelotti mengakui tiada jalan lain buat pasukannya selain berusaha untuk mencari kemenangan andai mahu merampas gelaran La Liga pada musim ini.

“Semua pemain tahu apa yang kami sasarkan dan sudah tentu kemenangan yang dicari. Ia adalah perlawanan penting tetapi kami sudah bersedia sepenuhnya,” kata Ancelotti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI