fbpx

Zul Yahya kayuh basikal tua 1,384km dari Ipoh ke Johor Bahru solidariti untuk Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazri bergambar bersama Zul Yahya di Muar dalam jelajah berbasikal dari Ipoh ke Johor Bahru demi solidariti untuk rakyat Palestin di Muar.

UAR – Usahawan dan bekas pelakon, Zul Yahya mengayuh basikal tua dari Ipoh ke Johor Bahru dan kembali semula ke Ipoh sejauh 1,384 kilometer (km) demi solidariti untuk rakyat Palestin.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman, beliau berasa bertuah menerima kunjungan Zul Yahya di Muar semalam.

“Berikutan perang Palestin dan Israel, saudara Zul Yahya mengambil langkah nekad untuk kayuh basikal tua dari Ipoh ke Johor Bahru dan kemudian kembali ke Ipoh. Tujuan jelajah berbasikal itu adalah meningkatkan kesedaran umum atau solidariti tentang isu kemanusiaan dan penderitaan rakyat Palestin.

“Saya juga menyokong semangat usaha murni itu dan pihak saya juga menyerahkan sumbangan misi Palestin sebagai tanda sokongan kepada usaha Zul Yahya ini. Tahniah Zul Yahya,”katanya ketika di temui di Bandar Muar.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Facebook, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya berkata, dia ingin melunaskan impiannya itu demi solidariti buat Palestin.

“Usaha saya yang kecil ini bagi menaikkan semangat dan sokongan kita kepada rakyat Palestin. Saya juga membawa tabung sumbangan untuk sama-sama berkongsi rezeki kepada saudara kita di Palestin.

“Ayuh, kibarkan bendera Palestin di rumah dan di premis anda tanda sokongan dan semangat kita kepada rakyat Palestin. Saya nak melihat bendera Palestin sepanjang kayuhan saya. Kibarkan bendera Palestin di mana saja,”kongsinya di laman sosial Facebook.

Dalam pada itu, bapa kepada enam orang cahaya mata tersebut turut menghargai setiap sokongan yang diberikan kepadanya.

“Terima kasih atas sokongan yang kalian berikan, doakan semoga dipermudahkan urusan kayuhan saya pergi dan pulang,”kongsinya.

Zul Yahya yang merupakan pemilik sebuah kedai makan di Ipoh memulakan kayuhan tersebut dari Ipoh pada pagi Sabtu lalu menuju ke selatan tanah air. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI