fbpx

TPM jumpa Ahli Parlimen UK bincang isu Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen UK beragama Islam bagi membincangkan isu Palestin.

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berjumpa dengan Ahli Parlimen beragama Islam di United Kingdom (UK) bagi membincangkan isu Palestin.

Menurut Ahmad Zahid, beliau ke Parlimen UK berjumpa dengan Ahli Parlimen terbabit sebelum bertemu dengan diaspora Malaysia di UK.

“Saya telah ke Parlimen bagi berjumpa dengan beberapa Ahli Parlimen House of Lord dan House of Commons yang beragama Islam membincangkan isu-isu berkepentingan bersama.

“Khususnya berkaitan rakyat Palestin yang mana Ahli Parlimen yang saya ketemui sedang menyuarakannya dengan penuh tegas di dalam Parlimen,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut menyatakan serta menegaskan pendirian Malaysia dan berharap suara rakyat Malaysia akan didengari di dalam ruang Parlimen UK.

Tambahnya, beliau menekankan kedudukan kukuh Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menggesa masyarakat antarabangsa mengetepikan perbezaan.

“Berusaha untuk meredakan keadaan serta segera memberikan bantuan kemanusiaan buat rakyat di Palestin,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri berada di UK untuk lawatan kerja empat hari di negara berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI