fbpx

Konflik Palestin-Israel: Meta sekat akaun pro-Palestin di Instagram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akaun Eye On Palestine di Instagram disekat Meta semalam. - Foto Instagram/Maktoob

WASHINGTON – Syarikat Meta Platforms Inc. berkata, pihaknya menyekat sebuah akaun pro-Palestin yang popular di laman Instagram atas faktor keselamatan, lapor portal berita Wion News.

Akaun penggantinya, Eye on Palestine (@eye.on.palestine) yang mempunyai lebih 6 juta pengikut di laman Instagram disekat semalam.

Sebelum ini, akaun rasminya, @eye.on.palestine2 juga tidak dapat diakses.

Kedua-dua akaun itu juga tidak boleh diakses di laman Facebook dan Threads.

Akaun-akaun itu memberi tumpuan tentang situasi di Gaza, termasuk menyiarkan video dan gambar penduduk Palestin yang cedera akibat serangan tentera Israel dan secara amnya dikongsi oleh oleh wartawan antarabangsa.

“Akaun ini pada mulanya ‘dikunci’ atas sebab keselamatan selepas terdapat tanda-tanda kompromi dan kami sedang berusaha untuk mengadakan komunikasi dengan pemilik akaun itu bagi memastikan mereka mempunyai akses,” kata jurucakap Meta, Andy Stone dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, keputusan Meta menutup kedua-dua akaun itu mencetuskan kemarahan netizen di laman sosial X. Mereka menyifatkan tindakan tersebut sebagai contoh penapisan anti-Palestin.

Sebelum ini, Meta berkata, pihaknya tidak akan melumpuhkan akaun itu disebabkan kandungan yang dikongsikan kepada pengikutnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI