fbpx

Pemilik syarikat kek didakwa tipu 14 nama untuk Penjana 2.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Seorang pemilik syarikat latihan dan pembuatan kek mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan mengemukakan butiran palsu melibatkan 14 individu bukan kakitangannya bagi permohonan Sistem Penjana Kerjaya (Penjana) 2.0, dua tahun lalu.

Tertuduh, S Amutha, 29, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Anita Harun.

Berdasarkan tiga pertuduhan itu, ibu kepada seorang anak itu didakwa memperdayakan kakitangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan mengemukakan permohonan mengandungi butiran palsu mengandungi 14 nama bukan kakitangan syarikatnya untuk Perjana 2.0.

Perbuatan itu dilakukan di Unit Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Perkeso Selangor pada 28 dan 30 April 2021 seterusnya melakukan kesalahan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum bawah Seksyen 24 (2) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai butir matan palsu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali mencadangkan jaminan antara RM20,000 hingga 40,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan melapor diri di Pejabat SPRM Seremban, Negeri Sembilan sebulan sekali serta menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Mahendren Naidu mewakili tertuduh pada rayuan mitigasinya memohon jaminan dikurangkan susulan anak guamnya itu tidak bekerja lagi.

“Dia kini berdepan masalah kewangan sehingga terpaksa meminjam daripada kakak kandungnya bagi bayaran jaminan hari ini,” jelasnya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan ikat jamin RM25,000 dengan seorang tertuduh selain membenarkan syarat tambahan pihak pendakwaan. Sebutan semula ditetapkan 29 November depan. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI