fbpx

Konflik Palestin-Israel: Israel akan musnahkan terowong Hamas guna gas saraf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tentera Israel meronda di sepanjang pagar sempadan Kibutz Beeri berhampiran Semenanjung Gaza semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Pejuang Palestin menjangkakan bahawa Israel akan menyerang terowong Hamas menggunakan gas saraf dan senjata kimia di bawah pengawasan komando Pasukan Delta Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada serangan mengejut di Semenanjung Gaza, dedah sumber kanan Arab Saudi seperti dipetik portal berita Middle East Eye semalam.

Israel dan AS merancang serangan mengejut untuk menyelamatkan kira-kira 220 tebusan dengan menembusi terowong Hamas dan membunuh beribu-ribu askar Briged al-Qassam, jelas sumber itu dalam satu kenyataan yang berkata, maklumat itu dibocorkan daripada AS.

“Pelan itu bergantung pada unsur kejutan untuk memenangi pertempuran dengan nekad, menggunakan gas yang diharamkan di bawah konvensyen antarabangsa, terutamanya gas saraf. Gas saraf akan dipam ke dalam terowong,” kata sumber itu.

Pasukan Delta AS didakwa akan mengawasi ‘jumlah besar gas saraf yang dipam ke dalam terowong Hamas, yang mampu melumpuhkan pergerakan badan dalam tempoh selama enam hingga 12 jam.

“Dalam tempoh ini, terowong akan ditembusi, tebusan diselamatkan dan beribu-ribu askar al-Qassam terbunuh,” tambah mereka.

Bagaimanapun, maklumat mengenai kebocoran data itu tidak dapat disahkan dan White House dan Jabatan Pertahanan AS tidak mengeluarkan tidak memberi komen mengenainya. 

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin mengadakan panggilan telefon hampir setiap hari dengan rakan sejawatnya dari Israel, Yoav Gallant untuk membincangkan operasi ketenteraan, manakala pegawai-pegawai kanan tentera AS yang mempunyai pengetahuan tentang peperangan bandar telah dihantar ke Israel.

Semasa lawatan Presiden Joe Biden ke Israel minggu lalu, beliau secara tidak sengaja berkongsi gambar yang mendedahkan wajah tiga komando Delta yang menasihati Israel mengenai usaha membebaskan tebusan diculik Hamas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI