fbpx

Juventus belum mampu buru gelaran Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUVENTUS dibarisi pemain-pemain muda menyebabkan Allegri belum yakin pasukan itu mampu mencabar kejuaraan Scudetto. - TWITTER JUVENTUS

TURIN – Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri mengakui pasukannya masih belum mencapai tahap prestasi ampuh untuk menamatkan penantian meraih kejuaraan Serie A pertama sejak musim 2020.

Menurut Allegri, masih terlalu awal untuk membuat ramalan mengenai kejuaraan kerana pasukannya ketika ini diwakili ramai pemain muda yang tidak berpengalaman.

Pengendali kelahiran Itali itu berkata, sasaran sebenar yang diletakkan oleh pihak pengurusan pada musim ini hanyalah berada di kedudukan empat terbaik liga sekali gus layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.

“Saya rasa kita tidak boleh diletakkan sebagai pilihan untuk menjulang Scudetto musim ini. Peminat harus sedar kami belum lagi berada di tahap terbaik kerana hanya menduduki tangga ketiga liga musim lepas.

“Berdasarkan kedudukan liga, Napoli adalah pilihan utama kerana mereka adalah juara bertahanan disusuli dengan Inter yang memiliki barisan pemain cukup lengkap.

“Bagi pasukan kami mula, musim ini kami perkenalkan ramai pemain muda seperti Dean Huijsen, Fabio Miretti dan Kenan Yildiz yang semua berusia bawah 20 tahun. Malah, Dusan Vlahovic juga baru berusia 23 tahun dan tidak pernah memiliki pengalaman menjulang Serie A.

“Justeru, saya lebih suka ambil pendekatan bertenang kerana enggan memberi sebarang tekanan buat pasukan kerana fokus utama hanya berada di kedudukan empat terbaik liga,” katanya.

Juventus kini menduduki tangga ketiga Serie A selepas mengutip 20 mata dengan dibezakan dua mata berbanding skuad Nerazzurri yang mendahului carta selepas sembilan perlawanan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI