fbpx

Cubaan loloskan barang kemas RM12,838 gagal, pekerja kedai emas ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang jurujual wanita melakukan pecah amanah dengan memalsukan invois serta resit untuk mengambil barang kemas milik syarikatnya akhirnya terbongkar.

Cubaannya meloloskan barang kemas bernilai lebih RM12,000 itu gagal selepas ditahan polis di Taman Dagang Permai, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pengurus kedai emas berkenaan telah membuat aduan selepas mengesyaki perbuatan pekerja ya bagi tempoh September dan Oktober lalu.

“Suspek yang juga wanita berusia 31 tahun bekerja selama tiga tahun itu disyaki memalsukan invois serta resit untuk mengambil barang kemas menyebabkan kerugian cecah RM12,838.

“Modus operandi suspek adalah dengan menjadi jurujual yang telah diamanahkan dan diberi kuasa untuk menjual emas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Azam, hasil pandu arah suspek ,pihaknya berjaya menjumpai dua rantai leher, satu loket san sepasang subang milik milik syarikat itu untuk dijual kepada kedai emas lain.

“Suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga Jumaat ini.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI