fbpx

Ribut petir seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak sehingga pukul 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu diramal berlaku di Perlis, Pulau Pinang, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu.

“Bagi Sabah, ribut petir diramal berlaku di satu dua tempat melibatkan Pendalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

“Sementara itu, di Sarawak pulak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI