fbpx

Konflik Palestin-Israel: Biden tolak gencatan senjata kemanusiaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. – AFP

WASHINGTON –  Presiden Joe Biden menegaskan bahawa sebarang perbincangan mengenai gencatan senjata di Semenanjung Gaza hanya akan berlaku sekiranya kumpulan Hamas membebaskan semua tebusan yang diculik dari Israel, lapor laman berita Wion News semalam.

Dalam satu acara di White House, Biden berkata, Washington juga menolak usul perang dihentikan seketika bagi membolehkan bantuan kemanusiaan dibawa masuk ke Semenanjung Gaza yang terkepung.

Ketika ditanya sama ada beliau menyokong pembebasan tebusan untuk mencapai gencatan senjata, Biden berkata: “Semua tebusan  perlu dibebaskan terlebih dahulu, kemudian baru kita boleh berbincang (mengenai gencatan senjata).”

Setakat ini, Hamas telah membebaskan empat tahanan wanita dengan dua daripada mereka rakyat Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Jabatan Negara AS, Matthew Miller sebelum ini berkata, Washington menolak gesaan untuk menghentikan pencerobohan Rejim Zionis.

Menurutnya, gencatan senjata akan memberi Hamas keupayaan untuk berehat, pulih dan bersiap sedia bagi terus melancarkan serangan terhadap Israel. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI