fbpx

Dewan Rakyat: Soal laungan takbir bukan isu pokok – Saifuddin Nasution

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ribuan orang awam yang hadir sambil membawa bendera negara Palestin dan sepanduk bagi memberi sokongan semasa menyertai Himpunan Freedom For Palestine ekoran peperangan yang berlaku antara negara Israel dan Palestin di Dataran Merdeka semalam. Foto oleh AMIR KHALID / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kebenaran laungan takbir dalam mana-mana perhimpunan aman bukanlah isu utama namun ia bergantung kepada budi bicara dan kefahaman penganjur.

Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012), terdapat tiga komponen penting, tanggungjawab penganjur, tanggungjawab peserta perhimpunan dan tanggungjawab pasukan polis.

Ujarnya, di dalam perhimpunan aman ‘Freedom for Palestine’ anjuran Viva Palestina Malaysia yang berlangsung baru-baru ini, ia dihadiri lebih 300 orang dari pelbagai agama, bangsa serta latar belakang politik sekali gus mewujudkan suasana yang kondusif.

“Isu pokoknya adalah soladariti kepada rakyat Palestin. Negara mereka (rakyat Palestin) diiktiraf sebagai negara berdaulat tetapi buminya dijajah. Nyawa dua juta rakyat Palestin diancam. Isu pokoknya adalah mengeluarkan rakyat Palestin dari tanah Gaza yang sedang dikepung. Itu yang dilakukan oleh Perdana Menteri sekarang.

“Himpunan soladiriti pun kita galakkan, malam ni pun ada juga. Soal dibenarkan takbir dan sebagainya bukan isu utama. Saya muslim, takbir melaungkan kebesaran Allah. Tidak ada khilaf antara kita.

“Hal ini adalah bagaimana penganjur itu mengikut budi bicara dan kefahaman mereka. Machang boleh anjurkan 10,000 ke 20,000 perhimpunan besok, takbir lah. Kalau saya ada masa saya pun akan ikut serta dan akan takbir sekuat-kuatnya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal (Machang) yang mempersoalkan adakah kerajaan ada mengeluarkan apa-apa garis panduan tentang perkara-perkara yang boleh diucapkan atau tidak boleh diucapkan dalam sesuatu demonstrasi aman.

Tambah Saifuddin lagi, kejadian yang berlaku pada perhimpunan awam yang terjadi pada hari tersebut tidak mencerminkan pendirian kerajaan sepenuhnya dan umat Islam yang cintakan pendamaian.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidaklah begitu tegas. Mereka (PDRM) akan gunakan budi bicara yang sesuai dengan keadaan semasa sekarang. Tetapi tidaklah diamalkan sepanjang masa kerana permohonan untuk mengadakan soladariti ini begitu banyak.

“Soal ingin memendekkan notis kepada 48 jam untuk dikemukakan kepada PDRM, budi bicara yang sesuai akan digunakan sebelum memberi kebenaran. Jika kita lihat dulu, berbanding dengan APA 2012, pada 2019 akta tersebut telah dipinda dan penganjur perlu mengekemukakan notis lima hari berbanding tujuh hari sebelum ini. Sebelum pindaan juga tidak dibenarkan perarakan, tetapi sekarang telah dibenarkan. Keadaan ini lebih baik dari zaman dulu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI