fbpx

Dewan Rakyat: Naikkan SST 8 peratus bukan langkah tepat – Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap tindakan kerajaan menaikkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) daripada enam peratus kepada lapan peratus adalah suatu langkah yang tidak tepat.

Menurut beliau yang juga Ahli Parlimen Bera itu, kerajaan perlu mencari langkah untuk menambah hasil negara dengan menambah baik sistem percukaian bagi memastikan hasil yang diperolehi adalah semaksimum mungkin untuk memangkin pembangunan negara.

“Cadangan kerajaan untuk menaikkan cukai jualan daripada cukai jualan dan perkhidmatan daripada enam peratus ke lapan peratus dianggap tindakan kurang tepat berbanding ssitem percukaian lain yang lebih efisyen.

“Meskipun kenaikan itu tidak melibatkan makanan dan minuman namun harus difahami bahawa kenaikan ini akan beri kesan berantai kepada semua aspek yang akan turut mendorong kenaikan barang asas.

“Ini kerana peniaga tidak akan menyerap kenaikan cukai dan kos pengeluaran mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah Ismail, sudah tiba masanya kerajaan melihat dan memperkenalkan kembali Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan pada 2018 oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana terbukti jauh lebih cekap, telus dan adil berbanding SST.

“Ketika GST dihapuskan, negara hilang kira-kira RM20 bilion sehingga RM30 bilion setahun akibat ‘black economy’ kerana kita tidak dapat pantau mereka yang tidak membayar cukai.

“Kenaikan cukai SST sebanyak 2 peratus ini juga hanya memberi hasil tambahan sebanyak RM3 bilion kepada negara. Malah firma audit antarabangsa, Deloitte meramalkan kenaikan dua peratus SST hanya mampu menambah pendapatan sekitar RM900 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI