fbpx

Malaysia, Turkiye sedia bekerjasama akhiri penindasan Palestin – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bertemu dengan Erdogan semalam bincang isu Palestin.

PETALING JAYA – Malaysia bersedia bekerjasama dengan Turkiye serta negara-negara sehaluan bagi mencari titik noktah kepada isu penindasan ke atas warga Palestin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau memaklumkan perkara itu ketika bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdogan semalam.

“Malaysia menyambut baik pembukaan koridor kemanusiaan di pintu masuk Rafah-Semenanjung Gaza sejak semalam.

“Malaysia juga tidak berganjak dari pendiriannya dalam mengutuk sikap hipokrit negara-negara Barat melibatkan isu Palestin,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, perbincangan beliau dan Erdogan selama hampir dua jam memberi tumpuan besar kepada permasalahan kemanusiaan yang merenggut warga Palestin.

Menurut beliau, kedua-dua mereka menyentuh secara panjang lebar dan terperinci mengenai hak warga Gaza yang terus dinafi oleh Israel.

“Babak ini tentunya mengesankan tidak hanya Palestin, tetapi juga rantau timur tengah dan dunia tatkala perkembangan di sana tidak semakin baik malah memburuk dengan tindakan rakus Israel.

“Justeru, aspek keselamatan dan pertahanan turut disentuh dan diberi penekanan dan dibincangkan,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, Anwar memaklumkan beliau mengadakan pertemuan dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Turkiye, Hakan Fidan dan Pengarah Risikan Kebangsaan Turkiye TYT İbrahim Kalın.

“Kami menyentuh mengenai situasi geopolitik semasa yang dekat dengan kedua-dua negara.

“Kami juga turut berbincang usaha meneroka pelbagai ruang bagi merapatkan kerjasama kedua-dua negara terutamanya di lapangan geopolitik, pertahanan dan keselamatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI