fbpx

Dewan Rakyat: Menteri KDN beri `ceramah agama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan ucapan Saifuddin pada sidang Dewan Rakyat pagi ini.

KUALA LUMPUR – Beberapa Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan ucapan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang Dewan Rakyat pagi ini kerana didakwa seolah-olah memberi `ceramah agama’.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, jawapan Saifuddin Nasution terhadap soalan tambahan mengenai isu agama, raja dan kaum (3R) tidak sepatutnya menjadi `siaran agama’.

“Ini bukan siaran agama. Tadi hal kafir dah selesai. Jom kita berceramah di luar. Saya cabar Menteri berceramah dengan saya di luar,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PH) bertanya tentang usaha kerajaan mewujudkan Rang Undang-Undang Akta Kebencian Kaum, Akta Ucapan Kebencian dan Akta Anti Diskriminasi.

Saifuddin Nasution menjawab, beliau menyambut baik syor tersebut, namun menjelaskan perkara pokok adalah tentang sikap ahli politik yang memegang amanah 30 juta rakyat Malaysia dengan memetik beberapa ayat suci.

“Kita kena mulakan dengan diri kita dengan menganggap kita masuk politik adalah sebahagian daripada ibadah yang menyeru buat baik dan larang buat jahat.

“Jadi jangan mudah kita tuduh ini kafir, ini munafik. Itu urusan Allah. Allah bagi kita panduan supaya kita tengok. Allah ceritakan benda itu supaya kriteria itu nampak.

“Bila Allah cerita dalam al-Quran siapa zalimun dan siapa fasiqun, cuba kita tengok barangkali sifat itu ada pada kita,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI