fbpx

2.04 juta orang melancong ke Langkawi sehingga September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

LANGKAWI – Seramai 2.04 juta pelancong direkodkan memasuki pulau peranginan ini sehingga bulan lalu dan dijangka mencapai tiga juta orang menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Ahmad Fuad Che Ani berkata, pihaknya menjangkakan sasaran tiga juta kemasukan pelancong ke pulau ini pada tahun ini dapat dicapai.

“Pelbagai pihak seperti LADA, Tourism Malaysia dan agensi lain berkaitan melakukan banyak usaha untuk mencapai sasaran tiga juta pelancong pada dua bulan terakhir pada tahun ini.

“Salah satunya adalah program ‘paintball’ seperti hari ini yang melibatkan kira-kira 800 orang terdiri daripada peserta dan keluarga masing-masing. Mereka berada di Langkawi selama empat malam,” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah pada acara Northern Paintball Super League (NPSL) Grand Finale 2023-LADA Cup di Kompleks Sukan Langkawi, di sini hari ini.

Acara tersebut melibatkan penyertaan 81 orang dari tiga buah negara selain Malaysia iaitu Taiwan, Singapura dan Australia.

Tambahnya, terdapat 15 lagi acara yang dijadualkan berlangsung pada suku terakhir tahun ini bagi memastikan Langkawi mencapai sasaran kemasukan pengunjung tersebut.

“Antara acara tersebut adalah Langkawi Geopark Enduro Challenge 2023, Langkawi International Half Marathon 2023 dan Langkawi International Folk Fest 2023,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI