fbpx

Selangor sokong penubuhan universiti tahfiz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (kanan) dan tetamu khas melawat galeri Maahad Hafiz sambil diiringi mudirnya, PU Hafiz (kiri) pada majlis sambutan 40 tahun maahad tersebut malam tadi. -Foto ABDUL RAZAK IDRIS

KLANG – Kerajaan negeri sentiasa menyokong penubuhan institusi pendidikan seperti universiti tahfiz demi menyemarakkan agenda mengukuhkan syiar Islam di negeri ini.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, sebelum menjayakan usaha bersejarah tersebut pihaknya perlu berbincang dengan institusi tahfiz terbabit.

“Insya-Allah kita sedia bincang (penubuhan universiti tahfiz), malahan pada saat ini pusat tahfiz di Kolej Hafiz ini telah mempunyai koloborasi dengan Azhar Syarif, Universiti Al Azhar, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan sebagainya. Jadi kita hendak lihat pengembangan di sana dan kita boleh kembangkan di sana dahulu, atau pun kita boleh lihat tanah yang lain.

“Kita sangat terbuka dalam hal ini, yang mana kita boleh bincang dengan pihak terbabit dan pihak sekolah atau pihak kolej.Namun isunya adalah tanah, jadi kita boleh kenal pasti tanah yang digazetkan sebagai kawasan institusi, kawasan sekolah yang boleh kita muktamadkan namun lebih baik ia digabungkan dengan KUIS kerana kita ada tanah lebihan bangunan di sana,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Karnival Sambutan Jubli Delima Maahad Hafiz di sini malam tadi.

Terdahulu pengasas Maahad Hafiz, Abu Haneefa Hussin dalam ucapan alu-aluannya memohon pihak kerajaan negeri mempertimbangkan kawasan tapak yang sesuai untuk maahad tersebut berkembang lebih pesat menjadi institusi pendidikan setaraf universiti.

Amirudin berkata, kerajaan negeri juga bersedia mempertimbangkan mewujudkan usaha menubuhkan pengajian tinggi tahfiz tersebut di kawasan tanah belakang Universiti Selangor (Unisel) di Bestari Jaya.

“Kita mempunyai kira-kira 404 hektar tanah di belakang Unisel yang boleh kita gandingkan nanti.Bagaimana modelnya kita kena bincangkan dengan pihak terbabit kerana Unisel tiada jurusan agama yang ada hanya di KUIS yang mana di situ halangan kita adalah tanah oleh itu segi pentadbiran KUIS boleh aturkan dan model penubuhan boleh dibincangkan,”katanya.  -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI