fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: Bantuan diteruskan walau dalam bahaya – Nurul Ain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Adan (kiri) ketika menyerahkan bantuan kepada penduduk setempat di sempadan Gaza.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia, Nurul Ain Haron dan suaminya, Mohamed Adan Shaat tetap meneruskan perjuangan mengagihkan bantuan makanan dan barangan keperluan kepada penduduk setempat di sekitar sempadan Gaza.

Katanya, tiada alasan untuk mereka suami isteri terus membantu saudara Islam di sana meskipun berdepan dengan situasi yang bahaya dan ancaman keganasan tentera Israel.

“Hidup perlu diteruskan walau berhadapan dengan bahaya. May Allah ease everything for us (semoga Allah permudahkan segala urusan buat kami). Hari ni kurang aktif sebab kami suami isteri kurang sihat. Alhamdulillah dapat selesaikan sedikit pun jadi lah,” tulisnya menerusi perkongsian di Facebook malam tadi.

Dalam pada itu, Nurul Ain turut memaklumkan akaun banknya telah dapat digunakan semula dan segala sumbangan yang disalurkan bagi membantu penduduk Palestin akan digunakan sebaik mungkin.

“Akaun saya dah okey, sebenarnya masalah sistem kerana “the ishell” (Israel) yang kawal bank. Jadi ada masa dia sekat. Alhamdulillah hari ini dapat keluarkan wang sumbangan dan buat pembayaran. Alhamdulillah untuk segalanya,” katanya.

Terdahulu, Nurul Ain memaklumkan akaun banknya disekat dan meminta orang ramai yang ingin memberi sumbangan untuk menggunakan akaun bank sahabatnya buat sementara waktu.

Selain itu, Nurul Ain sempat mengingatkan orang ramai untuk tidak tersalah namanya kerana ramai yang menganggap dirinya adalah seorang doktor.

“Apa pun, saya Nurul Ain binti Haron, bukan Dr. Nurul Ain binti Latif,” tegasnya.

Nurul Ain dan suaminya mula menjadi bualan ramai apabila dia sering memuat naik video dan berkongsi suasana di Gaza selepas mereka tidak sempat meninggalkan kawasan bergolak tersebut.

Nurul Ain antara rakyat Malaysia yang masih terancam dengan serangan tentera Israel. – KOSMO! ONLINE

@adan2021 Hanya 1 jalan kami reda untuk redah. Amanah harus disampaikan. InsyaaAllah amin ya rabbal alamin… #Malaysia #GazaUnderAttack #fyp #PalestineWillBeFree ♬ فلسطيني – نجم السلمان

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI