fbpx

Strong Girl Nam-soon, kisah gadis luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Strong Girl Nam-soon yang mempunyai 16 episod itu tersenarai dalam 10 drama paling popular dalam Netflix.

JIKA anda peminat drama Strong Girl Bong-Soon yang pernah diterbitkan sekitar tahun 2017, pastinya naskhah baharu Strong Girl Nam-soon wajib ditonton.

Drama berkenaan mengisahkan seorang gadis dengan kuasa luar biasa bernama Gang Nam-soon lakonan Lee Yoo-mi kembali ke Korea Selatan mencari keluarga kandungnya.

Kepulangan Nam-soon disambut dengan pelbagai momen dramatik dan mendebarkan termasuk terjerat dalam kes dadah bersama ahli keluarganya yang lain.

Pada detik itu, kuasa luar biasa yang dimiliki Nam-soon iaitu sebagai gadis yang gagah perkasa mula teruji.

Sejak ditayangkan pada 7 Oktober lalu, Strong Girl Nam-soon yang mempunyai 16 episod itu tersenarai dalam 10 drama paling popular dalam Netflix.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI