fbpx

Rafizi stabil selepas serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

IPOH – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan semakin sihat selepas dikejarkan ke hospital akibat serangan jantung beberapa hari lalu.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa.

“Alhamdulillah saya pun sudah dapat berita kelmarin bahawa beliau semakin sihat. Insya-Allah kita haraplah dalam masa terdekat beliau akan kembali melaksanakan tugasnya. Doakan yang terbaik,” katanya.

Menteri kesihatan Dr Zaliha Musthafa,Di Majlis Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia,di Dewan Seri Perdana ILKKM Sultan Azlan Shah Zon Semenanjung. – Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

Menteri itu berkata demikian semasa sidang akhbar pada majlis Istiadat Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan (ILKKM) Zon Semenanjung di ILKKM Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Difahamkan, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur selepas mengalami serangan jantung dan sedang berada di bawah pemerhatian doktor setelah menjalani prosedur pembedahan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI