fbpx

Muktamar Pas : Sekat media, langkah terbelakang kerajaan Madani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Sanusi ketika membahas usul kebebasan media hari ini. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Kerajaan Madani dikatakan mengambil pendekatan terkebelakang apabila menyekat kebebasan media tempatan ketika ini menyebabkan suara media tidak ubah seperti pemerintahan kerajaan pada 90an.

.Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, banyak berita dan kandungan media yang mengkritik kerajaan terutama sekali melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“TV Pertiwi contohnya telah diminta diturunkan enam kandungan video manakala portal Malaysia Now telah disekat selama 48 jam pada Jun lalu.

“Pada Julai pula Utusan TV juga disekat begitu juga Malaysia Today. Semuanya ini disekat kerana menyiarkan berita kritikan kepada seorang yang bernama Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul kebebasan media yang dicadangkan Perwakilan Dewan Muslimat Pas, Husna Hashim pada Muktamar Pas ke-69 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Muhammad Sanusi yang merupakan Menteri Besar Kedah itu menegaskan, penyekatan juga berlaku terhadap enam akaun seorang aktivitis media sosial dan lima ahli keluarganya susulan arahan SKMM kepada syarikat telekomunikasi.

“Banyak sekali aduan oleh penggiat TikTok, FB (Facebook) dan Twitter yang mengadu akaun mereka dibekukan. Content (kandungan) akaun mereka dipadam termasuk akaun TikTok saya sendiri,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI