fbpx

‘Runner’ mengaku tak bersalah tawar rumah lelong tidak wujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang ‘runner’ firma guaman didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth di sini, hari ini atas pertuduhan memperdaya enam individu berkaitan pembelian rumah lelong membabitkan kerugian sebanyak RM126,000 antara Februari hingga Ogos lalu.

Nazrin Nasir Khan, 29, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya itu dibacakan di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin.

Mengikut pertuduhan, Nazrin didakwa memperdaya enam individu untuk mempercayainya bagi mendapatkan rumah lelong.

Tindakannya itu mendorong kesemua mangsa memindahkan wang ke dalam akaun bank miliknya melibatkan nilai keseluruhan RM126,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sekitar daerah Seberang Perai Utara antara 13 Februari sehingga 21 Ogos lalu.

Bagi keenam-enam pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, boleh dikenakan sebat dan denda jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, tertuduh merayu jaminan rendah dikenakan atas alasan perlu menyara ibu empat adiknya.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurameera Shahrul Azrin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Siti Zulaikha kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 bagi keenam-enam pertuduhan.

Mahkamah turut menetapkan 20 Disember depan sebagai tarikh serahan dokumen dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI