fbpx

Muslimat Pas: Pemandu Toyota Altis ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kemalangan yang mengakibatkan tiga mangsa maut di Behrang, Perak petang ini.

TANJUNG MALIM – Pemandu kereta Toyota Altis yang terbabit kemalangan mengorbankan tiga muslimat Pas Sungai Petani di Kilometer 390, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini, ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Mohd. Hasni Mohd. Nasir berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pemandu Toyota Altis itu ditahan 24 jam untuk siasatan lanjut. Lelaki itu ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian sekitar pukul 2.18 petang itu, tiga muslimat Pas Sungai Petani terkorban dalam nahas jalan raya selepas dirempuh sebuah kereta Toyota Altis yang hilang kawalan.

Mangsa yang maut ialah Ketua Dewan Muslimat Pas Sungai Petani, Taibah Sulaiman, 61, bersama Fatihah Nabilah Bukri, 23, dan Nurul Najihah Amzi, 27.

Taibah dan Fatihah maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah manakala Nurul Najihah pula disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River.

Menurut Mohd. Hasni, ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta jenis Toyota Fortuner itu bersama dua penunggang motosikal serta seorang pemandu Perodua Myvi berada di lorong kecemasan untuk membantu mangsa kemalangan.

Katanya, kemalangan itu membabitkan sebuah Mitsubishi Triton yang terbabas dan terbalik di longkang sebelah kiri jalan.

“Dalam tempoh lima minit kemudian, sebuah kereta jenis Toyota Altis dari arah sama di lorong kanan hilang kawalan lalu melanggar kesemua mangsa dan dua buah motosikal.

“Kesemua mangsa terhumban ke dalam longkang. Dua daripada mereka cedera parah dan disahkan maut di lokasi kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI