fbpx

Benzema dikait bantu organisasi pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang selepas dituduh mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. -AFP

PARIS – Pemenang Anugerah Ballon d’Or musim lalu, Karim Benzema sedang mempertimbangkan untuk tindakan undang-undang selepas timbul tuduhan  yang mengaitkan dirinya dengan organisasi pengganas.

Bekas pemain Real Madrid yang kini beraksi bersama Al-Ittihad di Liga Arab Saudi meluahkan kemarahannya menerusi laman sosial Twitter X ekoran kejadian pengeboman sebuah hospital di Gaza ekoran konflik Palestin-Israel yang sedang berlangsung ketika ini.

Rentetan itu, Menteri Dalam Negeri Perancis, Gerald Darmanin dalam satu temu bual bersama CNews mengeluarkan tuduhan bahawa bekas pemain antarabangsa negara itu mempunyai hubungan dengan Ikhwanul Muslimin yang diisytiharkan sebagai pengganas di Austria dan juga di Arab Saudi, namun di Perancis, pergerakan Ikhwanul Muslimin tidak dilabel sedemikian.

GERALD DARMANIN

Ekoran itu, pasukan peguam Benzema dilaporkan sedang meneliti dan mempertimbangkan tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap ahli politik berkenaan atas tuduhan memfitnah serta menyalahgunakan kedudukan dalam kerajaan.

“Kami sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang dengan kemungkinan menerusi akta memanipulasi maklumat sulit yang dimiliki kerajaan dan memfitnah serta mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan kerana segala yang diperkatakan tersebut adalah tidak benar,” menurut jurucakap pasukan peguam Benzema. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI