fbpx

Tidak boleh khayal, kerja lebih kuat – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMIDIN (kiri) bercakap sesuatu kepada Pan-gon bahawa beliau menagih sesuatu yang lebih baik daripada ketua jurulatih dari Korea Selatan tersebut.

WALAUPUN berjaya melonjakkan reputasi Harimau Malaya di pentas antarabangsa, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mempunyai perkiraan sendiri untuk menentukan masa depan Kim Pan-gon bersama skuad kebangsaan.

Sekalipun masih berteka-teki mengenai tawaran kontrak baharu, FAM kini menagih sesuatu yang lebih baik daripada jurulatih itu kerana enggan terlalu statik dengan pencapaian ketika ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin cukup gembira dengan hasil dijelmakan oleh Pan-gon, namun memberi gambaran jelas bahawa beliau mahukan sesuatu yang lebih baik.

“Kita tidak boleh lagi berada pada tahap sama (seperti) 30, 40 lepas dan saya mahukan perubahan dalam semua hal. Ini memerlukan pengetahuan dan komitmen seperti yang KPG lakukan.

“Tetapi beliau pun perlu (beri) lebih lagi kerana petunjuk prestasi utama (KPI) saya tinggi. Semua jurulatih tidak boleh selesa, orang kata KPG (Pan-gon) sudah bawa hasil tetapi saya mahukan lebih lagi.

“Jadi tidak boleh khayal, kena kerja lebih kuat lagi. FAM tahu apa nak buat (mengenai kontrak Pan-gon),” katanya.

Mengulas mengenai pelantikan Juan Torres Garrido sebagai pengendali skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Hamidin menjelaskan, pemilihan jurulatih itu dibuat sebagai langkah ke­sinambungan dan dianggap pa­ling tepat untuk memacu peningkatan pasukan.

“Pada ketika ini, beliau (Torres Garrido) adalah terbaik. Dia pun sudah berada dalam sistem B-23 sebelum ini, jadi kita kena lihat prestasi beliau dahulu. Letak siapa pun (kita) tidak tahu beliau boleh bawa hasil atau tidak, kalau kita lantik (Jose) Mourinho pun tidak pasti boleh berjaya.

“Sebelum beliau buat persiapan, saya sudah ada perancangan untuk ke luar negara dan dalam tempoh seminggu dua ini, beliau (Torres Garrido) akan bincang dengan teknikal serta pe­ngurus pasukan sebelum mereka kembali (usulkan) kepada saya.

“Saya harap pasukan ini akan mengikut perkembangan seperti skuad senior,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI