fbpx

Penyelia dewan makan maut, kereta terputus dua dilanggar pikap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta mangsa terputus dua selepas terlibat kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil di Baling, hari ini.

BALING – Seorang penyelia dewan makan sekolah maut selepas kereta dinaikinya dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kampung Bukit Pak Kuning, Kuala Ketil di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa, Farah Nabihan Mohamad, 37, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati kereta Proton Saga Iswara dipandu mangsa hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dalam kedudukan melintang.

“Kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu seorang lelaki dari arah Kuala Ketil menghala Parit Panjang kemudian melanggar hadapan sebelah kiri kereta mangsa,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa tercampak ke sebelah kiri jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandu dan penumpang pikap luka di muka dan dahi,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI