fbpx

Mahkamah: Bekas kerani firma guaman didakwa pecah amanah RM192,352,77

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shah Helmi ketika hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh SHIDIQQIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Seorang bekas kerani di bahagian akaun sebuah firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan pecah amanah wang berjumlah 192,353,77 milik firma itu tiga tahun lalu.

Bagaimanapun tertuduh Shah Helmi Maula Muhamd Sallih, 29, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh didakwa sebagai seorang kerani di bahagian akaun sebuah firma guaman telah melakukan pecah amanah wang akaun milik pelanggan berjumlah masing-masing RM75,793,50 dan 116,560,27 bagi kegunaan dirinya sendiri.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Islamic Cawangan Dataran Maybank di sini antara 18 Ogos 2020 dan 20 Jun 2022 yang didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak kurang setahun dan maksimum 14 tahun dan dengan sebat dan juga hendaklah dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir menawarkan jumlah jaminan RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan yang mana jumlah itu turut dipersetujui pihak pembelaan.

“Pada masa sama, pihak pendakwaan juga turut mencadangkan syarat tambahan itu pasport tertuduh diserahkan selain tertuduh juga perlu melapor diri di pejabat Surahanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai,” kata Muhammad Asraf.

Semasa prosiding, peguam Syed Muhamad Akhyar Syed Hamid yang mewakili tertuduh tidak membantah dengan jumlah jaminan itu selain turut bersetuju dengan syarat-syarat tambahan pihak pendakwaan.

Selepas mendengar permohonan dan makluman kedua-dua belah pihak, Hakim Suzana membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat-syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Tarikh 27 November ini ditetapkan sebutan semula kes.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen lain, Shah Helmi juga didakwa dan mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengubahan wang haram.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melibatkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang berjumlah RM131,568,10 daripada akaun bank miliknya yang mana ia merupakan daripada aktitiviti haram di bank sama antara 6 Mei 2021 dan 20 Mac 2022.

Bagi pertuduhan itu, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama.

Hakim Rozina Ayob kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan menggunapakai jumlah ikat jamin RM20,000 dan syarat-syarat tambahan serupa.

Hakim itu turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes pengubahan wang haram ini di hadapan Hakim Suzana selain tarikh sama bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI