fbpx

Keluarga pelik mangsa scammer mati di Myanmar akibat sakit jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEGAWAI Khas Ahli Parlimen Kuantan, Mohamed Hafizal Mohamed Shah menyampaikan sumbangan kepada isteri Muhammad Izzat (gambar kecil) iaitu Nurul Diyana Mohamad Shukri di Tanjung Lumpur, Kuantan hari ini.

KUANTAN – Keluarga Allahyarham Muhammad Izzat Abdul Wahab, 28, yang meninggal dunia ketika berada dalam tahanan imigresen di Myanmar mahu allahyarham mendapat keadilan sewajarnya.

Abang mangsa Muhamad Hasmanizam Abdul Wahab,45, berkata, bagaimanapun pada masa ini tumpuan diberikan terlebih dahulu kepada usaha menguruskan jenazah allahyarham.

“Jumaat ini kita ke sana (Myanmar) itu jadi matlamat awal (urusan jenazah) yang keadilan itu nanti kita akan ‘further action’ sebab dia mati dalam tahanan.

“Hendak cakap sekarang pun belum buat bedah siasat pasal waris tidak sampai lagi sebab untuk bedah siasat kena ada persetujuan waris,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihak keluarga pelik dengan keputusan perubatan dari Myanmar yang menyatakan mangsa meninggal dunia akibat sakit jantung.

Katanya, ini kerana mangsa yang berusia 28 tahun tidak pernah mengalami serangan jantung dan tidak mempunyai rekod penyakit berkenaan di negara ini.

“Dia seorang kuat bekerja, mesin rumput, angkat barang, kerja Food Panda semua dia buat,”katanya.

Dalam pada itu menceritakan mengenai kejadian itu Hasmanizam berkata, allahyarham tidak memberitahu kepada ahli keluarga mengenai pemergiannya ke luar negara.

Dia memberitahu berdasarkan rekod adiknya pergi ke Bangkok, Thailand pada 7 Oktober lalu.

Difahamkan, allahyarham yang berasal dari Tanjung Lumpur Kuantan menaiki penerbangan ke Bangkok, Thailand sebelum sindiket menculiknya dan membawa mangsa ke Myanmar melalui jalan darat.

Mangsa kemudiannya dikatakan diselamatkan wakil Pertubuhan Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Azirul Syafiq Sazali di sebuah hotel di Myanmar.

Allahyarham Muhamad Izzat yang berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia melalui sindiket pekerjaan palsu itu kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika dalam tahanan Imigresen di Pusat Imigresen Tachileik di Myanmar pada 14 Oktober lalu.

Allahyarham yang merupakan anak bongsu daripada lapan beradik meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki berusia empat dan enam tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI