fbpx

‘Sangat memalukan, biadab!’ – Elly Mazlein ‘sound’ netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELLY MAZLEIN

PETALING JAYA – Tidak tahan kerap menjadi mangsa kecaman, penyanyi Elly Mazlein menyelar sikap segelintir netizen biadab yang menghina dirinya dan program All Stars Gegar Vaganza (GV10).

Pemilik nama penuh Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, itu menegaskan individu yang mengecamnya itu disifatkan sebagai manusia bertopengkan agama.

“Apabila si bangang berkata-kata, ramai orang mencari rezeki dalam GV itu. Kurang ajar kau ini.

“Tahi kau cakap? Adab kau pergi mana? Jangan sembang tentang Allah SWT dan tak perlu buat kerja Tuhan untuk menghukum orang.

“Jangan cakap tentang agama kalau kau hanya mampu bertopengkan Islam,” katanya dalam InstaStory hari ini.

Elly yang juga popular dengan nama Kak Lina Pom Pom itu juga meminta orang ramai khususnya peminat GV melepaskan kemarahan pada dirinya sahaja dan bukannya program tersebut.,

“Hendak marah, lakukan pada aku seorang dan jangan babitkan ramai orang dalam GV itu yang mencari rezeki.

“Ayat kau melambangkan diri (keperibadian), kau sangat memalukan, biadab,” katanya lagi.

Elly berkata demikian bagi membalas komen seorang netizen yang mengecamnya dan menyifatkan dia sebagai diva kerana kerap menjaja kisah GV.

“Baik kau bertudung, mengaji dan dekatkan diri dengan Tuhan. Macamlah diva sangat asyik cerita tentang GV tahi ini sahaja.

“Esok Allah gegarkan bumi ini, masa itu baru semua sibuk.

“Meratap dan menangis apabila ada peserta terkeluar, nak muntah aku tengok,” komen individu tersebut.

Pada minggu lalu, Elly mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan menarik diri sebagai hos GV10 selepas tiga minggu beraksi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI