fbpx

Polis Perancis tangkap wanita ucap assalamualaikum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan seorang wanita Muslim di Paris. - Foto AFP

PARIS – Seorang wanita Perancis ditahan di Paris minggu lalu selepas jirannya membuat aduan kepada polis bahawa dia memberikan ucapan assalamualaikum kepada sekumpulan pekerja di bangunan penginapan mereka, lapor portal berita Middle East Monitor semalam.

Dia ditahan untuk sementara waktu sebelum dibebaskan, manakala pegawai kehakiman mempertahankan tindakan polis tersebut.

Menurut pihak berkuasa, penangkapan suspek adalah bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Perkembangan semasa yang dimaksudkan merujuk kepada pengeboman kejam jet-jet pejuang Rejim Zionis di Semenanjung Gaza dan pemindahan paksa lebih dua juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah tersebut selepas Hamas melancarkan serangan roket  ke arah Israel pada 7 Oktober lalu. 

Laporan penahanan wanita itu disahkan oleh wartawan Perancis Widad Ketfi dan peguam mangsa, Nabil Boudi.

Boudi menulis pada aplikasi X bahawa anak guamnya mahu memfailkan aduan tentang fitnah yang dilemparkan kepada dirinya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI