fbpx

Op Noda: GRO ‘mak nyah’ ditahan, serbu pusat hiburan di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rusdi Isa

KUALA LUMPUR – Seramai 91 individu termasuk enam pondan yang menawarkan khidmat sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan Op Noda di sebuah pusat hiburan di Taman Tampoi Indah, Johor, Jumaat lalu.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Rusdi Isa berkata, sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melakukan serbuan kira-kira pukul 12.45 tengah malam, pada Jumaat lalu.

Katanya, premis di kawasan rumah kedai itu beroperasi pada pukul 8 malam hingga 4 pagi dan berkonsepkan pusat hiburan ‘live band’ dan kalung bunga, selain terdapat dua bilik karaoke dengan bayaran RM3,000 sebilik.

“Premis berkenaan juga menyediakan perkhidmatan GRO warga Thailand, Laos dan Vietnam manakala harga bayaran untuk satu kalungan bunga antara RM100 hingga RM30,000.

“Hasil serbuan itu, kita berjaya menahan seramai 85 wanita dan enam pondan berusia 19 hingga 51 tahun yang berkhidmat sebagai GRO. Kita dapati tiada satu pun daripada GRO ini mempunyai permit kerja.

“Seterusnya, kita juga menahan tiga lelaki warga tempatan dan lima lelaki warga Bangladesh yang berperanan sebagai pengurus, pembantu pengurus, juruwang dan pekerja di premis berkenaan,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Menurut Rusdi, pihaknya turut menjalankan pemeriksaan ke atas 69 pelanggan terdiri daripada 48 lelaki tempatan, lapan lelaki warga Singapura, lima lelaki warga Thailand, dua lelaki warga China, dua wanita tempatan serta dua wanita Singapura.

Turut hadir Ketua Penolong Pengarah D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) JSJ Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak dan Ketua Penolong Pengarah D3 (Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) JSJ Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Fadil Marsus.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(C) akta sama, Peraturan 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Johor (ENJ) 4/98,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI