fbpx

Lelaki dicekup, tak sempat edar pil kuda, heroin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pil kuda dan dadah jenis heroin yang dirampas semasa polis menahan seorang lelaki di tepi jalan di Kampung Lawar, Batu Melintang dekat Jeli semalam. -Foto PDRM

JELI – Seorang lelaki tidak sempat mengedar pil kuda dan dadah jenis heroin bernilai RM 2,550 selepas dia dicekup di tepi jalan di Kampung Lawar, Batu Melintang di sini semalam.

Suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan semasa berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut kira-kira pukul 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, pemeriksaan terhadap lelaki itu menemui pil kuda seberat 5.4 gram dan serbuk keputihan disyaki dadah jenis heroin seberat 6.6 gram.

Menurutnya, suspek merupakan penduduk tempatan dan memiliki tiga rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

“Ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis opiat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saari memberitahu, suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39A(2), Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, menurutnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli mencatatkan sebanyak 738 kes dengan 886 tangkapan atas pelbagai kesalahan kes dadah sejak Januari lalu.

Katanya, daripada keseluruhan tangkapan itu, ia melibatkan 134 kes atau 142 tangkapan suspek warganegara asing.

“IPD Jeli berharap penduduk daerah ini terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis agar kegiatan jenayah dan dadah dapat diambil tindakan sewajarnya bagi memastikan Jeli sebagai daerah yang selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI