fbpx

Jelajah BMS 2023 sebar kelebihan Simpan SSPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD DASUKI (belakang, tiga dari kiri) bersama pemenang Pertandingan Mewarna Simpan SSPN di Angsana Mall.

PETALING JAYA – Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 membawa kelainan berbanding tahun sebelumnya apabila buat julung kalinya dilaksanakan menerusi konsep jelajah merentasi 14 negeri di lokasi terpilih seluruh Malaysia sepanjang bulan Oktober ini.

Hari ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan BMS 2023 Peringkat Zon Selatan bersempena dengan Sambutan Hari Tabungan Sedunia yang disambut pada 31 Oktober setiap tahun

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid bertempat di Angsana Mall, Johor Bahru.

Selain di Johor, BMS 2023 Zon Selatan turut diadakan serentak di dua lokasi lain iaitu di Aeon Bandaraya Melaka dan Mydin Mall Seremban 2, Negeri Sembilan.

Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023 merupakan program signature PTPTN dalam memartabatkan amalan menabung dan mempromosikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pilihan utama masyarakat Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk disertai oleh ibu bapa dan anak-anak antaranya Pertandingan Mewarna Simpan SSPN, Simpan SSPN Got Talent, Rekacipta Model Robotik dan Family Jenga.

Bagi memeriahkan lagi BMS 2023, Cabutan BMS diteruskan tahun ini dengan hadiah wang tunai berjumlah RM75,000 untuk 66 pemenang.

Ahmad Dasuki berkata, sehingga 31 Ogos lalu, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM15.81 bilion dengan bilangan akaun sebanyak 6.04 juta akaun.

“Manakala di Johor, deposit Simpan SSPN yang diterima adalah berjumlah RM1.39 bilion dengan bilangan akaun sebanyak 670,041.

“Prestasi ini membuktikan Simpan SSPN terus cemerlang sebagai produk simpanan terbaik pilihan ibu bapa,” katanya dalam satu kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI