fbpx

Bruno Mars batal konsert di Tel Aviv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRUNO MARS

PENYANYI Bruno Mars agak kecewa apabila konsert keduanya yang dijadualkan di Tel Aviv, Israel terpaksa dibatalkan ekoran peperangan yang melanda wilayah tersebut.

Pada 4 Oktober lalu, penyanyi berusia 38 tahun itu sempat mengadakan konsert pertamanya di negara berkenaan yang dihadiri sekitar 60,000 penonton.

Menurut laporan The Time of Israel, konsert Bruno dijadualkan pada penghujung bulan ini.

Semasa peperangan tercetus, Mars masih berada di Israel, namun segera meninggalkan negara tersebut dengan menaiki penerbangan terawal menuju Athens, Greece bersama 60 petugas konsertnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI