fbpx

Tiga suspek direman 7 hari sebabkan dera hingga mati Ayyash Aulian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian di Taman Serai Permai, Bagan Serai.

BAGAN SERAI – Pasangan suami isteri warga emas dan anak lelaki mereka yang disyaki terlibat dalam kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki di Taman Serai Permai di sini direman selama 7 hari mulai hari ini hingga 21 Oktober depan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, ketiga-tiga mereka telah ditangkap pada Jumaat lalu di Klinik Kesihatan Bagan Serai setelah mangsa, Ayyash Aulian Muhamad Faizul berusia 26 bulan disahkan mati oleh pegawai perubatan.

“Tempoh reman itu dilakukan supaya pihak polis dapat melengkapkan siasatan secara menyeluruh sebelum didakwa di Mahkamah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, hasil ujian air kencing ke atas anak lelaki pasangan warga emas itu juga didapati positif.

Terdahulu, media melaporkan Ayyash Aulian dipercayai meninggal dunia disyaki didera oleh teman lelaki ibunya di sebuah rumah kediaman di Taman Serai Permai setelah mengambil kanak-kanak itu dari ibunya dan membawanya pulang ke rumahnya pada petang Selasa lalu.

Kejadian terbongkar apabila ibu bapa teman lelaki ibunya telah membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Bagan Serai untuk mendapat rawatan setelah mendapati kanak-kanak itu tidak sedarkan diri.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI