fbpx

Tiada Kak Lina, pelawak Zero peserta ‘misteri’ Famili Duo 3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bukan Elly Elly Mazlein tetapi pelawak kumpulan Zero menjadi peserta keenam Famili Duo musim ketiga.

SHAH ALAM – TIADA  lagi teka teki, anggota kumpulan lawak Zero, Syaiful dan Sharif diumumkan sebagai peserta keenam program Famili Duo musim tiga (FD3) yang disiarkan secara langsung dari Studio TV3 Glenmarie, di sini.

Nama yang sebelum ini sengaja dirahsiakan sebagai kejutan itu diumumkan pengacara, Janna Nick dan Izzue Islam pada konsert minggu pertama pertandingan realiti itu, sebentar tadi.

Pengumuman tersebut  sekali gus melenyapkan telahan mengenai penyanyi Elly Mazlein dan suaminya, Mohd. Azlan Che Nuh, sebagai peserta seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Sebelum ini, TV3 selaku penganjur terlebih dulu memperkenalkan lima pasangan duo dalam kalangan suami isteri, adik beradik serta saudara pada sidang media khas sekitar dua minggu lalu.

Mereka adalah Shila Amzah dan Syahir Amzah, Adira Suhaimi bersama Emma Suhaimi serta pempengaruh media sosial, Ryan Bakery yang bergandingan dengan adiknya, Adam Bakery.

Duo lain yang turut bersaing pada edisi kali ini ialah saudara sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran serta pasangan suami isteri, Fuad Rahman dan Tom.

Syaiful atau Mohd Syaiful Doli Sharif, 34, berkata, dia dan adiknya, Sharif Khadir teruja menyahut cabaran dalam pertandingan yang disifatkan mencabar kreativiti mereka dalam arena seni suara.

“Minggu pertama ini kami betul-betul mahu buat sehabis baik dan serius dalam setiap persembahan supaya terus mara untuk minggu seterusnya.

“Saya dan Sharif juga sudah sedia berdepan kritikan juri, malah bagi kami tiada masalah pun untuk dikritik sebab sudah lama dalam industri ini,” katanya.

FD3 turut mengekalkan Mas Idayu dan Ajai sebagai juri tetap selain menawarkan RM100,000 kepada juara, manakala pemenang mingguan membawa pulang RM10,000.

Program lapan episod tersebut menyaksikan pemenang mingguan dipilih bersandarkan pemarkahan juri tetap sebanyak 70 peratus, manakala undian dalam talian melalui Tonton membabitkan 30 peratus.

Sementara itu, juara FD2, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah tampil sebagai penghibur jemputan menyampaikan lagu Penglipur Lara nyanyian asal Hazama dan Senggol Senggolan, Cubit Cubitan (Mas Idayu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI