fbpx

Saya dah cakap padang akan terkopak semasa perlawanan – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail bersama Hannah Yeoh ketika hadir merasmikan padang baharu di SNBJ, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Baru dua hari padang baharu Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur dirasmikan, ia sudah rosak dan terkopak pada aksi Malaysia menentang India dalam pertandingan Pestabola Merdeka 2023, malam tadi.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, padang itu sepatutnya diberikan lebih masa untuk akar dia kuat seperti yang dilakukan di padang Stadium Sultan Ibrahim, di sini.

Katanya, tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan pihak pengurusan stadium yang membenarkan SNBJ digunakan oleh pasukan kebangsaan malam tadi hingga menyebabkan ia mengalami kerosakan.

Tambahnya, Tunku Ismail telah menyatakan bahawa ia akan terkopak sekiranya digunakan segera ketika merasmikan padang itu, Khamis lalu.

“Itu atas keputusan FAM dan pihak stadium. Kalau saya, saya beri lebih masa, sekurang kurangnya lagi dua atau tiga bulan. Kontraktor ini kontraktor yang sama buat padang JDT.

“Semalam (kelmarin) semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ni perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat.

“Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok semasa perlawanan,” katanya menerusi hantaran di media sosial malam tadi.

Pada perlawanan Pestabola Merdeka 2023 malam tadi, skuad Harimau Malaya mudah menjinakkan pasukan India dengan keputusan 4-2 dalam perlawanan di hadapan lebih 46,000 penonton bagi menempah tiket ke perlawanan akhir.

Kelmarin, Tunku Ismail bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh merasmikan padang di SNBJ.

Tunku Ismail telah menaja padang bola sepak di stadium nasional sebagai hadiah kepada bola sepak Malaysia selepas saban tahun pengendali stadium menghadapi masalah berkaitan kualiti rumput.

Beliau berkata, rumput Zeon Zoysia turut digunakan di Stadium Sultan Ibrahim, yang diiktiraf sebagai padang terbaik di negara ini sejak stadium ikonik tersebut dibuka pada 2020.

“Padang ini sudah terbukti berkualiti tinggi, tetapi kena jaga betul-betul. Tiada beza (dengan padang Stadium Sultan Ibrahim), rumput sama, kontraktor sama. Beza dia di SNBJ tak ada TMJ (Tunku Mahkota Johor) di situ, itu aja.

“FAM kalau nak pakai Stadium Sultan Ibrahim cakap, saya siapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI