fbpx

Lelaki hilang ketika cari rebung ditemukan meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota SAR mengusung mayat mangsa dijumpai berhampiran tepi jalan pagi tadi, selepas hilang ketika mencari rebung di kawasan hutan berhampiran Taman Perpaduan, semalam.

KUCHING – Seorang lelaki yang hilang ketika mencari rebung bersama isterinya di kawasan hutan berhampiran Taman Perpaduan, di sini semalam ditemukan meninggal dunia pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia dalam lingkungan 50-an itu dijumpai kira-kira pukul 10.30 pagi oleh unit dron Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mangsa dijumpai pada kedudukan dua meter dari tepi jalan di dalam semak dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 8 malam semalam dan operasi SAR segera digerakkan melibatkan pasukan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Menurut laporan isteri mangsa, dia bersama suaminya masuk ke dalam kawasan taman berkenaan kira-kira pukul 7 pagi untuk mencari rebung, namun selepas itu mangsa tidak keluar dari kawasan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI