fbpx

884 graduan Kolej UNITI terima diploma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kolej UNITI Port Dickson.

BANGI – Seramai 884 graduan bakal menerima diploma masing-masing pada Istiadat Konvokesyen Kolej UNITI ke-20 yang dijadualkan berlangsung di Bangi Avenue Convention Centre di sini esok.

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej UNITI Port Dickson (KUPD), Amir Hamzah Md. Isa berkata, selain 812 orang graduan pelbagai bidang di KUPD, istiadat berkenaan turut melibatkan seramai 72 graduan Kolej UNITI Kota Bharu (KUKB).

“Jumlah tersebut melibatkan 348 graduan dari Fakulti Pengurusan Industri Halal, 375 graduan Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia dan seramai 89 graduan dari Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Amir Hamzah.

Katanya pada sesi pertama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan merasmikan majlis istiadat seterusnya menyampaikan anugerah diploma kepada graduan.

“Menteri Besar juga akan menyampaikan beberapa anugerah kepada graduan yang telah memperlihatkan kecemerlangan dalam akademik dan kokurikulum.

“Antaranya, Anugerah Pelajar Terbaik Akademik, Anugerah Khas Pelajar dan Anugerah Presiden,” katanya.

Pada istiadat kali ini, Anugerah Khas Alumni turut diberikan kepada tiga orang alumni Kolej UNITI yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Mereka ialah ahli perniagaan, Nor Nabira Suhada Binti Zurghiba; pensyarah, Prof Madya Dr Ahmad Sabry Mohamad dan pegawai polis, Asisten Superintendan Mohd Shaiful Zainudin. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI