fbpx

K2

Festival Budaya Borneo perkenal tradisi Sabah, Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JASON (dua dari kanan) bersama wakil rakan penganjur dan penaja sewaktu Majlis Pelancaran BFC 2023 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

SEBAGAI kepulauan ketiga terbesar di dunia, Borneo menyimpan kepelbagaian khazanah, budaya, adat resam, biodiversiti dan sejarah.

Bagi berkongsi dan meraikan keindahan Borneo, Persatuan Fesyen, Model dan Ratu Cantik Malaysia (MFMPA) menganjurkan Festival Budaya Borneo (BFC) 2023.

Menurut penganjur BCF 2023, Dr. Jason Hee, program yang berlangsung pada 28 hingga 29 Oktober ini bakal membawakan pengalaman 360 darjah tentang kepelbagaian budaya serta tradisi Sabah dan Sarawak.

“Kita berharap agar BCF 2023 dapat menjadi platform untuk merapatkan jurang antara Sabah dan Sarawak dengan penduduk di Semenanjung.

“Penganjuran program ini bukan sekadar medium penyatuan tetapi juga sebagai usaha memelihara budaya dan sejarah serta meraikannya buat tatapan generasi akan datang,” katanya pada Majlis Pelancaran BCF 2023 di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

BCF 2023 turut mendapat kerjasama daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, pusat beli-belah Subang Parade, Parkroyal Collection Kuala Lumpur, GOGO Puteri serta Rapid Borneo Freight & Shipping Inc.

Dia yang juga Presiden MFMPA berkata, program yang akan berlangsung di Subang Parade itu bakal membawakan pelbagai aktiviti buat seisi keluarga termasuk pameran budaya, muzik, tarian, makanan, fesyen, kraf tangan dan sebagainya.

Kongsinya lagi, antara program yang bakal menjadi tarikan adalah previu Minggu Fesyen Selangor: Edisi Borneo dengan menampilkan pemenang-pemenang program ratu cantik memperagakan rekaan
busana terkini inspirasi etnik Borneo.

“Kita juga membawakan pelbagai makanan tradisi dan eksotik Borneo serta kraf tangan daripada pelbagai etnik di kedua-dua wilayah berkenaan.

“Selain itu, terdapat persembahan muzik, tarian dan pameran budaya yang membawakan pelbagai artifak dan fotografi tentang sejarah Sabah serta Sarawak.

“Orang ramai juga berpeluang mencuba pakaian tradisi dan bergambar sebagai tanda kenangan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI