fbpx

Euro 2024: Lukaku enggan isu lama ganggu fokus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUKAKU berada pada prestasi terbaik ketika ini selepas menyertai Roma dan sedia membantu Belgium memburu kemenangan ke atas Austria awal pagi esok. - AFP

VIENNA – Penyerang Belgium, Romelu Lukaku enggan dibayangi isu lama dan bersedia mengalihkan perhatian untuk membantu Belgium raih keputusan positif pada kempen kelayakan Euro 2024 bertemu Austria, awal pagi esok.

Selepas mengharungi lima perlawanan, kedua-dua pasukan saling bersaing untuk menoktahkan saingan di kedudukkan terbaik dalam Kumpulan F apabila berkongsi 13 mata.

“Kebanyakan orang dalam bilik ini (sidang media) mengenali saya yang tidak gemar bersikap main-main. Kadang-kadang bagus untuk orang tahu tentang apa yang berlaku dan apa yang tidak berlaku.

“Tetapi, bukan sekarang kerana saya mahu kekal fokus terhadap bola sepak,” katanya yang kini menyarung jersi AS Roma secara pinjaman dari Chelsea.

Sejak menyertai skuad Giallorossi, Lukaku sedang berada pada kemuncak prestasi apabila menjaringkan tujuh gol dalam lapan pertama awal di saingan Serie A serta Liga Europa.

Lukaku juga percaya semua orang akan terkejut jika dia mengambil keputusan untuk menjelaskan situasi sebenar yang dihadapinya, namun cukup berterima kasih kepada bekas tonggak antarabangsa Belgium, Radja Nainggolan.

“Saya akan bercakap bila tiba masanya, tetapi jika saya jelaskan keadaannya, semua orang pasti terkejut. Sekarang saya fokus untuk lakukan yang terbaik dalam bola sepak.

“Saya sudah bekerja keras sepanjang musim panas namun saya perlu berterima kasih kepada Radja Nainggolan kerana menghubungi AS Roma bagi pihak saya,” jelasnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI